Mesyuarat Task Force Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2024
Putrajaya, 21 Ogos 2024 -Mesyuarat Task Force PGBF telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan tindakan bagi memastikan prestasi pelaksanaan dan kemajuan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Turut hadir adalah YBhg. Datuk Jasmanie Shafawi, Setiausaha Bahagian, Pembangunan JPM, YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian BKSF, JPM, serta pegawai ICU JPM, pegawai FELDA, dan FIC IPM