SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH DAN PIHAK BERKEPENTINGAN BAGI TUJUAN SEMAKAN DAN PINDAAN AKTA 530 PERINGKAT ZON 1
 
Alor Setar, 3-5 September 2024- Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) dan FELDA telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) bersama pemegang taruh dan pihak berkepentingan bagi tujuan semakan dan pindaan Akta 530 peringkat Zon 1 meliputi tanah rancangan FELDA di Wilayah Alor Setar (Kedah dan Perlis) dan Wilayah Trolak (Perak dan Selangor).
Tujuan SLU adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada para peneroka, generasi baharu FELDA, Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan FELDA, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan isu-isu tanah FELDA dan cadangan ketetapan dasar bagi tujuan semakan dan pindaan Akta 530 (GSA).
Turut hadir adalah YBhg. Tuan Azroul Hisham bin Azulan, Penasihat Undang-Undang JPM, YBhg. Dato’ Haji Muhamed Arof bin Darus, Pengarah PTG Kedah, Puan Roziana binti Omar, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan JPM, Encik Mohd Zulkarnain bin Abd Kadir, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan) BKSF, Puan Mastura binti Abdul Manap, Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah FELDA, Encik Md Zulkifli bin Md Na’am, Pengarah FELDA Wilayah Alor Setar, Encik Shahariman bin Dolah Hassim, Pengarah FELDA Wilayah Trolak, Tuan Haji Fisal bin Abd Aziz, Ketua Peneroka Wilayah Alor Setar, Puan Halijah binti Yusof, Pengerusi Gabungan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Wilayah Alor Setar, pengurus-pengurus tanah rancangan serta para pegawai BKSF dan FELDA.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content