Kota Tinggi,27 September 2024- Bahagian Kawal Selia FELDA,Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Encik Fariz Redza, Ketua Penolong Setiausaha (Operasi) telah mengadakan lawatan sambil belajar pada 25 dan 26 September 2024 sempena Kursus Pemerkasaan Perladangan FELDA.
 
Seramai 37 peserta yang mengikuti program lawatan ini. Pada hari pertama ,peserta di bawa melawat ke ladang sawit Felda Lok Heng Timur dan Kilang Sawit Lok Heng. Peserta diberi penerangan mengenai kaedah dan tindakan yang digunakan bagi mendapatkan hasil tandan sawit yang berkualiti dan terbaik serta operasi pemprosesan mintak sawit.
 
Pada hari kedua lawatan diteruskan ke Kilang MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd dan Kilang Delima Oil Product Sdn Bhd bagi memberi pendedahan tentang operasi kilang gula dan minyak milik FGV.
Hadir sama adalah Encik Norazlan Shah bin Man Pengurus Rancangan FELDA Lok Heng Timur, Encik Syed Faizal bin Syed Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd, Encik Shammim Azad bin Kamruzaman, Ketua Eksekutif Delima Oil Product Sdn. Bhd
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content