Kuantan, 10 Oktober 2024 – YBhg.Datuk Abdul Halim Bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaik Taraf Bekalan Air Negeri Pahang (Kolam Takungan – Pakej 4) FELDA Chini 3, Pahang.
Lawatan kerja diadakan adalah untuk memastikan prestasi pelaksanaan projek pembangunan ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan
Turut hadir mengiringi lawatan kerja ini ialah YBrs. Encik Ahmad Tarmizi Bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Kawal Selia FELDA, YBrs. Dr. Mohd Syaiful Bin Hassan – Pengarah Wilayah Kuantan, serta para pegawai dari pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan.