SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH DAN PIHAK BERKEPENTINGAN UNTUK TUJUAN SEMAKAN DAN PINDAAN AKTA 530 BAGI ZON 3
 
Kuala Terengganu, 22 Oktober 2024 – Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF JPM) bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) Bersama Pemegang Taruh dan Pihak Berkepentingan untuk Tujuan Semakan dan Pindaan Akta 530 bagi Zon 3 melibatkan Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Para peserta terdiri daripada wakil-wakil peneroka, generasi baharu dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) berkaitan FELDA pada 20-21 Oktober 2024, manakala wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Pentadbir Tanah dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Negeri pada 22 Oktober 2024.
Tujuan SLU bagi mendapatkan maklum balas peserta terhadap isu-isu tanah Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) serta cadangan awal ketetapan dasar bagi tujuan semakan dan pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Cadangan ketetapan dasar ini berpaksikan lima cadangan hala tuju iaitu:
(i) memenuhi keperluan dasar negara (hasil komoditi, sekuriti makanan negara dan pemilikan tanah);
(ii) menjaga kepentingan pemilik tanah;
(iii) tadbir urus tanah GSA yang cekap, komprehensif dan sistematik;
(iv) memenuhi keperluan generasi baharu selaku pewaris tanah GSA; dan
(v) memperkasa Akta 530 bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang.
Turut bersama Setiausaha Bahagian BKSF JPM, Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) FELDA, Pegawai Undang-Undang JPM, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan) BKSF JPM, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan JPM, wakil daripada Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), JKPTG Wilayah Persekutuan, Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah FELDA, Pengarah Wilayah Kuantan, Pengarah Wilayah Jengka, Pengarah Wilayah Terengganu dan Pengarah Wilayah Gua Musang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content