PROGRAM KOMUNITI MALAYSIA MADANI WARGA FELDA (PKMMWF)
Jengka, 14 November 2024- Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF, JPM) telah melaksanakan Program Komuniti Malaysia Madani Warga FELDA yang diadakan secara serentak di lima (5) buah Rancangan FELDA di Wilayah Jengka dan Mempaga . Program ini merupakan kerjasama strategik bersama pihak Pejabat Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Pahang, FELDA, Pejabat FELDA Wilayah Jengka dan Mempaga, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kemajuan Desa Wilayah (KKDW), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) , Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Yayasan FELDA, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Kadi Jengka, Majlis Belia FELDA Malaysia, Kami Anak FELDA (KAF), Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi FELDA (PERSADA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Wilayah (JKKR) Jengka dan Mempaga, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) FELDA Wilayah Jengka dan Mempaga, dan NADI Jengka 21.
Objektif utama program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan kepada warga FELDA serta memupuk semangat saling menghormati diantara rakyat dan kepimpinan setempat sebagai norma sosial dan budaya masyarakat disamping menerapkan nilai murni kehidupan seharian warga FELDA berlandaskan sahsiah dalam pembinaan peradaban negara bangsa Malaysia Madani.
Pengisian Program ialah:
* Program Sayangi Ummah di FELDA Jengka 23:
* Program Pemantapan Koperasi di FELDA Jengka 21;
* Program Yasinan bersama Gabungan Persatuan Wanita FELDA (GPW) di FELDA Jenderak Utara;
* Program Ziarah Kasih Madani di FELDA Lakum dan Bukit Damar;
* Program Sukan Komuniti di FELDA Lakum; dan
* Program Bicara Ilmu di FELDA Jengka 22
Sekalung penghargaan serta jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung dalam memastikan kebolehlaksanaan serta kelancaran program ini.