Soalan Lazim
Maklumat Jabatan
1. Di manakah lokasi Ibu Pejabat Bahagian Kawal Selia FELDA?
Ibu Pejabat BKSF beralamat di Aras 1, Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
2. Apakah Misi, Visi dan Objektif Penubuhan Jabatan?
Misi: Menjadi sebuah organisasi terunggul dalam memacu kemajuan warga FELDA dan membantu mengukuhkan FELDA untuk menjadi semua agensi bertaraf dunia.
Visi: Meningkatkan taraf sosioekonomi warga FELDA dan memperkasa organisasi FELDA
Fungsi :
1. Membantu YAB Perdana Menteri/ Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal FELDA bagi memastikan pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek pembangunan serta menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan cekap dan berkesan
2. Bersama FELDA membantu meningkatkan tadbir urus terbaik serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga FELDA mengenai dasar-dasar Kerajaan berkaitan FELDA.
3. Bagaimanakah saya boleh menghubungi Jabatan?
Jabatan ini boleh dihubungi di talian 03-8872 5330 / 03-8872 5208 atau emel info.bksf@jpm.gov.my.
Pengurusan Sumber Manusia
CUTI HAJI
Adakah pegawai lantikan kontrak layak mendapat kemudahan Cuti Haji?
Jawapan :
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 yang berkuatkuasa pada 1 April 2008, Cuti Haji bergaji penuh boleh diluluskan sekali sahaja kepada pegawai warganegara yang beragama Islam yang belum pernah menunaikan fardhu haji sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan dengan syarat mereka telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang lima(5) tahun. Tempoh cuti yang boleh diluluskan tidak lebih 40 hari. Bagi pesara, syarat tempoh perkhidmatan lima (5) tahun ini tidak terpakai sekiranya mereka belum pernah menggunakan kemudahan ini sebelum bersara.