BIL
|
PERKARA
|
1. |
Jumlah pelupusan hutang Felda dan bilangan peneroka yang terlibat mengikut negeri. Apakah skop hutang yang telah dihapuskan. |
2. |
Usaha-usaha yang tuntas dan segera untuk menambah bilangan peneroka di tanah-tanah Ladang Felda di Sabah daripada jumlah 1,647 peneroka sekarang kepada tambahan 2,000 lagi peneroka baru dalam usaha Kerajaan mengatasi masalah kemiskinan di Sabah. |
3. |
Usaha-usaha yang tuntas untuk menggalakan dan mengujudkan perindustrian hiliran barangan akhir berasaskan sawit yang sangat perlu diusahakan oleh Felda yang sememangnya telah mendapat peruntukan tanah-tanah yang luas di Sabah yang sekarang ini lebih banyak dibangunkan sebagai ladang-ladang komersil Felda dan bukannya diperbanyakan kegunaan untuk penyertaaan peneroka peneroka Felda. Dengan usaha ini penciptaan peluang pekerjaan dapat diusahakan dengan baik |
4. |
Pelan penstrukturan FELDA melalui cadangan Jawatankuasa Khas FELDA yang telah ditubuhkan. Sejauh mana pelan tersebut dilaksanakan dan bagaimana ia telah memberi manfaat kepada peneroka FELDA. |
5. |
Apakah status muktamad berkaitan penyata hutang peneroka FELDA, sejauh mana penghapusan sebahagian nilai hutang yang diragui melalui Laporan Ketua Audit Negara 2018 dan berapa ramai peneroka mendapat manfaat. |
6. |
Perkara yang berkaitan dengan Kertas Putih FELDA berhubung Program Pembangunan Peneroka. Apakah program yang telah dilaksanakan dan sejauh mana ia telah mendatangkan faedah kepada peneroka. |
7. |
Berapakah jumlah keseluruhan hutang peneroka FELDA yang telah dihapuskan dan berapa jumlah peneroka FELDA yang telah menerima manfaat tersebut. |
8. |
Jumlah nilai dan jenis aset telah dijual oleh FELDA dari bulan Januari 2021 sehingga Ogos 2021. |
9. |
Bilangan peneroka Felda yang telah menandatangani perjanjian untuk mansuhkan hutang lapuk. Berapa jumlah hutang yang melibatkan peneroka-peneroka yang sudah menandatangani perjanjian. |